Esok balik. Yess! Tapi malas nak pack. Oh, saya berjaya kurangkan 3kg. Namun, untuk mencapai target 55kg, haruslah kurangkan lagi 2kg.
Perut dah flat sikit. Rasa lebih 'confident' dari biasa. Nafsu makan pun dah kurang. Makan pun selalu tak habis. (Ni dah masuk amalan syaiton iaitu pembaziran). Sahur roti je. Kadang2 kuih baki buka malam sebelumnya.
Saya rasa lebih tenang. Mungkin sebab dah lepas beberapa perkara. Alhamdullilah, InsyaAllah raya tahun ni dapat bagi duit raya besar sikit untuk family.
Tiba-tiba teringat peristiwa time belajar dulu. Asal cuti je, bil telefon rumah mesti double shoot up. Lepas tu ayah mesti mengamuk gile. Mengamuk sampai hempas meja and jerit-jerit. Lepas tu dalam hati, I mesti cakap, alah, setakat 2-3ratus pun nak bising. Bukan sampai seribu pun. Bila dah kerja ni baru faham and terfikir. Besar sebenarnya 2-3ratus tu. Time belajar, sedap je shopping 2-300. Time kerja, sedap gak belanja, cuma ada terdetik dalam hati macam berkira nak spend duit banyak2 macam ni.
Bila fikir balik, I ni dikira bertuah. Belajar parents fully sponsored. Tak payah nak bayar pinjaman PT, etc. Family I sederhana je. Kereta pun parents support time belajar. Bila dah kerja support lagi downpayment untuk kereta baru. I owe my parents that much. Bila dah kerja ni, diri sendiri je mampu tanggung.
It makes me wonder... Bila dah kerja, jangan selfish sangat dengan wang ringgit. Memang lah dapat kerja bagus atas usaha sendiri. Tapi sebenarnya, secretly, parents kita sentiasa doakan kita.
Semakin dewasa, semakin rasa sayang parents. Pelik. Tapi benar.
No comments:
Post a Comment