Gosh. Who thought reading news can be so depressing? It's been awhile since I read newspaper, but today's newspaper, some of the headlines that I found depressing. Plus, I've browse through to read what really happen in Japan and makes me feel more alert than ever.
Ok lah. Back to the news. One of the headline news in Berita Harian today had caught my attention. Its about graduate's job hunting.
So, I rasa I nak cerita pasal graduan mencari pekerjaan ni. I rasa dari dulu sampai sekarang, isu ni sentiasa ada. I masih ingat lagi masa I tukar course from Sains Matematik kepada Marketing masa dekat Uni dulu. You know how parents react? Diorang macam tak yakin je dengan course tu. Inilah masalah orang Malaysia (ini bukan bermakna I salahkan parents I, ok). Sesetengahnya hanya menganggap course sains (including medic, engineering, etc) lebih menjamin masa depan berbanding course lain. Boo! Soo wrong!!
Lagi satu kan, pasal isu course ni laku la, tak laku la. Yes, its true. Ada betulnya pasal course laku tak laku sebab ikut pasaran pekerjaan yang ditawarkan. Tapi, jangan jadikan tu sebagai alasan susah nak dapat pekerjaan. Sebab kalau nak ikutkan, memang susah pun nak cari kerja, tak kisah la course apa pun yang you all belajar masa dekat Uni.
Segulung ijazah, bukat guarantee yang kita semua dapat pekerjaan. Ijazah hanya tiket saja. Maksudnya, kita ada extra sikit berbanding orang yang tiada ijazah. Tapi kadang2, masyarakat ingat asal ada ijazah je, guarantee dapat kerja. Salah taw! Sebab ada je orang lain, diploma ke, stpm, spm yang dapat kerja juga.
Pada I, tak salah kita memilih kerja. Yelah, masa depan kita kan. Badan kita yang menanggung sebarang keputusan yang kita buat. Cuma, kita kenalah realistik. Contohnya, I nak sangat kerja company oil & gas. Tapi bila dah send out application, takde vacancy or diorang tak panggil pun. So, takkanlah selagi I tak dapat kerja company tu, selagi tu I tak nak kerja sebab nak tunggu company tu juga. Tak bolehla macam tu..
"Shoot for the moon, even if you missed it, you'll land among the stars". Sebab tu kita kena selalu aim high. Jangan underestimate diri sendiri. Sebab kalau kita tak dapat benda yang paling best, at least kita dapat benda yang nombor 2 best. Tapi kalau kita aim benda yang biasa-biasa, nanti kalau kita tak dapat yang biasa-biasa tu, dapat yang tak best pulak. Kan dah jadi tak best. Hehe.
Masa I undergraduate dulu, orang selalu takut-takutkan susah nak dapat kerja. Myself, ofcourse, mestilah takot gak! But, I prepare awal2. Sebelum graduate lagi I dah mula job hunting. Jangan bila dah grad, baru nak cari kerja. Kerja tak datang cari kita. Dulu mungkin la, sekrang dunia semakin kompetitif. So, kita kena agresif sikit cari kerja. Betul kan?
Ewah, panjang pulak I membebel. Kesimpulannya, peluang tu sentiasa ada. Trust me. Cuma kita kenalah pandai cari peluang tu. Tak semua benda yang kita nak tu, kita boleh dapat semua dalam satu masa. Adala, pros and cons nya. Life balance that way..
To all undergraduate, good luck in your future undertaking.
xoxo
No comments:
Post a Comment